- Kalau dulu kita hanya perlu fikirkan diri sendiri sahaja, tapi bila bergelar suami kita perlu fikirkan tentang hal isteri kita atau pun isteri kita yang akan fikirkan tentang hidup kita.
- Dulu, bebas keluar rumah dan balik tak kira masa, tapi kini tak boleh biarkan isteri sorang2 dok rumah.
- Dulu, tanggungjawab pada diri sendiri sahaja, kini tanggungjawab yang dipikul lebih berat.
- ....Dan banyak lagi yang perlu berubah...
Yang paling penting, biarlah perubahan itu datang dari dalam diri sendiri dan bukannya secara terpaksa.. Apabila kita benar-benar ikhlas untuk berubah jiwa akan menjadi lebih tenang dan kita akan dapat menikmati perubahan itu dengan cara yang paling positif..
Bergelar suami untuk tempoh dah lebih 4 bulan ni.. telah banyak membawa perubahan dalam hidup ini.. banyak jugak le yang memepower dah blaja tentang hal-hal orang pempuan ni... Tapi ternyata, kehidupan selepas berkahwin ni memang lebih bermakna... Jiwa ini telah terisi dan dilengkapi dengan kasih sayang seorang isteri... Sesungguhnya memepower amat berterima kasih kepada manjepower yang sudi melengkapi hidupnya.... Semoga hubungan ini akan sentiasa dalam lindungan rahmat Ilahi dan berkekalan sepanjang hayat... InsyaAllah...

No comments:
Post a Comment